14 September 2009

Pendaftaran [updated]

Number by Class
Kelas Field NumberOfDups
3A 14
3B 7
3C 10
3D 5
3E 5
3F 7

kat atas ni jadual terkini bilangan personal info yg dah ada dalam database.
dgn kate lain, bilangan yg telah mendaftar/isi form.
kelas 3A mendahului, diikuti kelas 3C. cayala korg. supportive.
ahli kelas lain, lawan la dua kelas ni. challenge.
promote kat ex classmate yg lain. sbb ni br 1/3 dr seluruh batch kita.
mane lg???
papehal sile komen ye  :)

12 September 2009

RECRUITMENT!!

Sape yg bcita2 nk jd wartwan?
sape yg suke menulis?
sape yg outspoken?
sape yg ada cerita2 terkini serta gosip panas?
sape yg rasa die ada something utk dikongsi?
sape suke wat kecoh?
kami memerlukan anda utk memeriahkan lg blog ini.
emel ke bend.alcapone181@gmail.com untuk mendaftar

11 September 2009

Reunion

Assalamualaikum semua...
Seperti yg kita tahu, ramai yg request untuk diadakan reunion dalam masa terdekat ni.
So, aktiviti/event kita yang pertama (harapnya dapat buat byk event lg)...



REUNION!



Ok, tp apa2 pon, reu ni xkan jd kalau xde org yg nk handle. Even nk pegi hangout ngan membe pon at least sorg yg initiate dulu kan... Itu baru nk lepak ngan kawan2... Dan kalau nk jadikan reu kita meriah, besaran, dan bermakna, kenela ada orang yang tolong organize. planning, promote, inform sume org, cari tempat. tapi sape??? kalau xde yang sanggup volunteer buat sume tu, mmg xkan jadi sampai bila2 la... in the end, "reu" sekadar kat Friendster/Facebook... mcm kata pepatah "Kecek klepang klepung, iihhh aahhh ihh ahhh, wat dok...".

Akhirnya, ada jugak yg tampil dan sudi untuk jadikan impian kepada kenyataan..ecehh.. Terima kasih ditujukan kepada sedara Azril Ghani, atau nama kiutnya Jeril. Jeril akan jd Project Manager utk reu ni. Katanya, kalu ni kene serius. kalau betul2 nak, betul2 kene buat. Dia akan dibantu oleh beberapa org lagi rakan2 kita(termasuk aku). Kalau ada lg yang sudi ringankan beban mereka, jangan malu2. Kesudiaan anda untuk membantu sangat dialu2kan.

okeh, straight to da point. sebenarnya, mende ni masih dalam peringkat cadangan. Cadangan awal nk buat januari 2010. tp tu proposed date. perancangan pon belum lg. ape2 pon belum confirm. sbb itula aku nk mintak jasa baik sume rakan2, untuk memberikan kerjasama dan support event kita ni. oleh itu, kami mintak kerjasama rakan2 utk:

1. Melengkapkan borang maklumat diri yg disediakan. Compulsory kepada yang nk join reu (segala maklumat diri anda adalah confidential dan tidak akan sebarkan kepada umum. hanya utk kegunaan committee)

2. Menghantar schedule/jadual atau tarikh2 anda available (cuti or xde aktiviti lain). utk rakan2 oversea, hantar tarikh kepulangan anda ke Malaysia. lg accurate lg bgus... sbb xnk tggu lame2, kita limitkan tempoh masa antara dec 2009 hingga Mac 2010. Kena hantar selewat2nya awal oktober 2009.

3. Membuahkan sebarang cadangan atau komen atau idea utk reu ni, or utk blog ni(kalau ade yg reti wat website lg bagus)

4. Sebarkan kepada rakan2 kita yang lain.

Setakat ni itu je la kot. Nantikan update dari masa ke semasa. Lepas dpt confirmation tarikh, kita akan bincangkan konsep, tempat, dan perkara2 lain lg. so, keep updated. Kepada yang berminat nk jd committee, kontek aku dgn emel atau phone, atau tinggalkan nama dan no telefon di ruangan komen.

Borang Maklumat Diri


Nama:
E-mel:
No. Tel. (Mobile):
No. Tel. (Home):
No. Tel. (Other):
Alamat:
Alamat Surat Menyurat:
Lokasi sekarang(e.g Kuala Lumpur,Malaysia):
Kelas tamat pengajian:
Adakah anda masih belajar?: Ya
Tidak
Jika Ya, nyatakan Institusi Pengajian anda:
Jurusan:
Komen/Cadangan/Idea?:

create form

04 September 2009

1st Entry

Salam...
1st real blog post aku kat sini n mane2 blog.
thanx ezzaq helping creating this blog.
x bape cntik lg dan x menarik sgt.

Aku create blog ni khas utk rakan MRSM YTB 2000 (PMR 2002).
aku ade search web alumni ex mrsm ytb tp xde satu yg
specially dedicated utk batch kita.
Agak susah la nk keep in touch.
kalau la ade yg reti wat website~ /sigh...
aku create blog ni pon sbb cadangan nk wat reu.
so nnt senang rakan2 lain update pasal reu or ape2 aktiviti lain.

ini je yg aku mampu. kalau ade yg reti tu silela volunteer :)

Kepada rakan2 yg ade sebarang info atau gamba masa kat asrama dulu yang nak dikongsi,
korg bole send kpd emel aku

atau bg link kepada info atau gambar yg nk dikongsi..

kepada yang berminat nk jd author/moderator, atau nk bkongsi cerita, silala kontek aku.
aku ni bknnye author ygbagus.
so a little help is great.

Oh ye, korg x rasa ke panjang tu kalau nk sebut
ex MRSM YTB batch Intake2000@PMR2002
...
ada cadangan kependekan???

Sejarah Penubuhan


Maktab Rendah Sains MARA Yayasan Terengganu (MRSM YT) dikendalikan secara usahasama antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya merupakan aspirasi Kerajaan Negeri bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih berkualiti bagi lulusan UPSR yang terdiri dari anak-anak Terengganu yang tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh. Hasrat penubuhan ini telah dipersetujui Lembaga Pemegang - Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dalam mesyuarat kali ke-70 yang telah diadakan pada 20 Disember 1992. Justeru itu, bagi merialisasikan hasrat tersebut, satu Memorandum Persefahaman di antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat telah ditandatangani pada 3 Jun 1993. Dua buah MRSM YT telah ditubuhkan iaitu di Besut dan Dungun. Kedua - duanya telah memulakan operasinya dengan pengambilan pertama pelajarnya pada Januari dan Mac 1995.



Aspirasi dan komitmen Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil sulungnya apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 1996, MRSM YT Besut berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan PMR di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A. Di dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998.


MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. Kini, kecemerlangan diulangi kembali dengan pembukaan semula MRSM YT Besut selepas setahun tidak beroperasi.