11 September 2009

Reunion

Assalamualaikum semua...
Seperti yg kita tahu, ramai yg request untuk diadakan reunion dalam masa terdekat ni.
So, aktiviti/event kita yang pertama (harapnya dapat buat byk event lg)...



REUNION!



Ok, tp apa2 pon, reu ni xkan jd kalau xde org yg nk handle. Even nk pegi hangout ngan membe pon at least sorg yg initiate dulu kan... Itu baru nk lepak ngan kawan2... Dan kalau nk jadikan reu kita meriah, besaran, dan bermakna, kenela ada orang yang tolong organize. planning, promote, inform sume org, cari tempat. tapi sape??? kalau xde yang sanggup volunteer buat sume tu, mmg xkan jadi sampai bila2 la... in the end, "reu" sekadar kat Friendster/Facebook... mcm kata pepatah "Kecek klepang klepung, iihhh aahhh ihh ahhh, wat dok...".

Akhirnya, ada jugak yg tampil dan sudi untuk jadikan impian kepada kenyataan..ecehh.. Terima kasih ditujukan kepada sedara Azril Ghani, atau nama kiutnya Jeril. Jeril akan jd Project Manager utk reu ni. Katanya, kalu ni kene serius. kalau betul2 nak, betul2 kene buat. Dia akan dibantu oleh beberapa org lagi rakan2 kita(termasuk aku). Kalau ada lg yang sudi ringankan beban mereka, jangan malu2. Kesudiaan anda untuk membantu sangat dialu2kan.

okeh, straight to da point. sebenarnya, mende ni masih dalam peringkat cadangan. Cadangan awal nk buat januari 2010. tp tu proposed date. perancangan pon belum lg. ape2 pon belum confirm. sbb itula aku nk mintak jasa baik sume rakan2, untuk memberikan kerjasama dan support event kita ni. oleh itu, kami mintak kerjasama rakan2 utk:

1. Melengkapkan borang maklumat diri yg disediakan. Compulsory kepada yang nk join reu (segala maklumat diri anda adalah confidential dan tidak akan sebarkan kepada umum. hanya utk kegunaan committee)

2. Menghantar schedule/jadual atau tarikh2 anda available (cuti or xde aktiviti lain). utk rakan2 oversea, hantar tarikh kepulangan anda ke Malaysia. lg accurate lg bgus... sbb xnk tggu lame2, kita limitkan tempoh masa antara dec 2009 hingga Mac 2010. Kena hantar selewat2nya awal oktober 2009.

3. Membuahkan sebarang cadangan atau komen atau idea utk reu ni, or utk blog ni(kalau ade yg reti wat website lg bagus)

4. Sebarkan kepada rakan2 kita yang lain.

Setakat ni itu je la kot. Nantikan update dari masa ke semasa. Lepas dpt confirmation tarikh, kita akan bincangkan konsep, tempat, dan perkara2 lain lg. so, keep updated. Kepada yang berminat nk jd committee, kontek aku dgn emel atau phone, atau tinggalkan nama dan no telefon di ruangan komen.

1 comment:

PenulisAmatur said...

xde yg nk jd komiti ke?? author blog ni ke... cepat2...